1.Dari berita ini, Timbalan menteri kesihatan seolah cukup berbangga dengan "prestasi" yang dicapai melalui kaedah "harm reduction"(meminimakan kerosakan).
2.Hakikatnya bilangan pengidap HIV dan Aids bertambah setiap tahun, cuma kadar pertambahannya kadangkala berkurangan dan kadangkala bertambah dari tahun ke tahun.
3.Sebagaimana pada tahun 1997, bilangan pengidap HIV berkurangan jika dibandingkan dengan 1996. Tetapi, sejak 1997 bilangannya meningkat secara mendadak sehingga kemuncaknya pada tahun 2002.
4.Walaubagaimanapun, bilangan pesakit AIDS menunjukan peningkatan pada tahun 2006, setelah agak stabil sekitar tahun 2002 hingga 2005. lihat disini untuk point 2-4
5. Penurunan kes pengidap HIV yang dilapurkan diantara tahun 2002 hingga 2006 mungkin disebabkan perubahan teknik penagihan dadah sejak kebelakangan ini. Golongan penagih sudah tidak lagi mengunakan teknik suntikan tetapi mengunakan dadah jenis baru, tanpa melalui suntikan. lihat disini
6. Malah dadah terbaru (polydrug) ini lebih merbahaya kepada individu dan juga mendatangkan ancaman secara langsung kepada keluarga terdekat berbanding dengan dadah tradisional.
Kaedah meminimakan kerosakan (harm reduction) tidak akan dapat meyelesaikan isu HIV dan Aids. Punca masaalah ini adalah sistem sekular yang menjadi norma hidup masyarakat. Selagi sistem yang ada membiarkan manusia hidup tanpa panduan halal dan haram dan selagi zina, ketagihan dadah tidak dilihat sebagai suatu jenayah yang patut dihukum dengan hukum dari Allah subhanahu wa ta'ala, selagi itulah isu ini tidak akan selesai.